Minggu, 02 Januari 2011

TIPS BAGAIMANA MENGETAHUI JODOH MU

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kamu hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk mu? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.Apabila bersama, masing-masing dapat merasakan kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih mu itu bersikap biasa dan tidak ber pura2. Coba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan .Apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup mu yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh mu.
3. Senang bersama

Walaupun kamu selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri masing2. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kamu senantiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengobat kedukaan.Dia juga akan merasakan yang sama. Rasa senang dan tenteram sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa rindu dan rasa ingin berjumpa dengannya siang ataupun malam, ketiadaannya terasa seperti kehilangan.Kata pepatah:"Nun jauh mangka khairut,Nun dekeut sami kapincut"
4. Menerima mu seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kamu lakukan, dia tidak ambil peduli. Dia juga tidak mengungkit kisah2 lama. Yang terpenting baginya siapa kamu sekarang walaupun dia tahu kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya.Yang dia tahu, kamu adalah miliknya kini.Dia juga bersedia curhat kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup.
5. Sentiasa jujur

Sikap jujur yang dipamerkan menarik perhatian. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kamu dapat segera mengetahui sesuatu apabila dia menipu kita.Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik bersama. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak.Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
6. Saling Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya berbagi rahasia ini perlu agar dapat mengurangkan beban yang ditanggung.Apabila kita mempunyai rahasia dan memberitahukan kepada sang pujaan hati , rahasia mu selamat di tangannya. Untuk mu yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani masing2. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
7. Senang Bekerjasama

Yang meinginkan hubungan cinta langgeng perlu saling bekerjasama menjalani hidup ini. Kamu dan kekasih perlu kerjasama untuk memecahkan suatu masalah baik mudah ataupun sukar.Segala nya dilaksanakan dengan ikhlas membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Masalah2 paling penting dapat diselesaikan dengan melakukannya bersama-sama.Melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa depan.
8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia harus memahami diri pasangannya. Saat kamu sakit dia bawa ke klinik. Semasa kamu berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kamu mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kamu sedang berdialog, dia menjadi pendengar.Dia selalu bersama dalam situasi apapun dalam suka dan duka, dia selalu ada untuk mu.Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan.
9. Tampilkan kelemahan

Tidak ada yang sempurna di dunia karena engkau juga tidak sempurna,maka jangan lah mengharapkan orang yang sempurna.Maka berbohonglah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sisi.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup mu, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.Misalnya, apabila dia sakit dan belum mandi dua hari, dia tidak akan menghalang mu untuk menjenguk nya. Apabila anatara kamu saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan untuk mengikuti firasat keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan batin ini juga kamu dapat saling tahu perasaan masing-masing,juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi tertentu.Nah,apabila kamu yakin dengan pilihan hidup mu, tanyalah sekali lagi. Apakah dia ditakdirkan untuk mu? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh Yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang bunga2 tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk walaupun tidak mutlak. Jika dia pilihan mu, buatlah keputusan sebaik2nya. Jika tidak, tolaklah dengan baik. Semua yang kamu lakukan ini adalah untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. NUN JAUH MANGKA KHAIRUT,NUN DEKEUT SAMI KAPINCUT Demikian sedikit TIPS. ..Apakah dia jodoh mu?Mudah-mudahan bermanfaat...tapi ingat “ Manusia merancang, Allah menentukan.”
[Ust. Abdul Azis Setiawan]

Kisah Hikmah



Tidak ada komentar:

Posting Komentar